THE UNSUNG HEROES SERIES

OFFICIAL-POSTER-MULUK

Teater MULUK – Lelaki Dari Sumatera, an avant-garde take on ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ (The Sinking of Van Der Wijck) by HAMKA, a renowned Indonesian philosopher and novelist. Muluk who had been a suporting character is now the main role, contrary to HAMKA’s original story. This full-fledged 1920’s Indonesian was staged on 1st December 2017 in IIUM Gombak.
Director/Playwright: Nour Amir
Info:

Teater Mesyuarat Kampung

M KG

Shufitri Shukardi dan Produksi RumahCantik kini berkolaborasi untuk mementaskan sebuah teater ‘devised’ bertajuk Teater Mesyuarat Kampung (TMK) yang memerlukan penglibatan penonton bagi menentukan plot babak seterusnya. Pementasan ini juga berbentuk interaktif di mana penonton boleh berinteraksi dengan pemain dan akan terlibat serta dalam jalan cerita.

Teater ini dipentaskan dengan tujuan untuk menarik minat orang ramai untuk menonton dan menghargai seni teater tempatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepelbagaian genre teater dalam arena teater indie tempatan, di mana kebanyakannya dilakukan di dalam skala kecil. Kolaborasi ini mempunyai objektif untuk membuka mata orang ramai tentang keunikan pentas teater indie di Malaysia.

Pentas teater indie di Malaysia sedang giat berkembang dengan pemain-pemain dan penggiat-penggiat teater yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza. Pengarah dan penerbit Shufitri Shukardi yang bergiat aktif dalam industri ini sejak 2012 menyuarakan minat beliau untuk berkerjasama dengan Produksi RumahCantik (PRC), yang diketuai oleh Nurus Syamilah Amir Hamzah kerana beliau merasakan produksi tersebut telah berjaya mementaskan pementasan-pementasan kemasyarakatan berkonsepkan realisme.

“Saya mendekati pengasas PRC, (lebih dikenali sebagai Nour Amir) kerana saya rasa bahawa produksi beliau membawa isu-isu kemasyarakatan dan komentar sosial menerusi naskhah-naskhah mereka. Ini sangat sesuai dengan tema TMK. Dengan ini, saya rasa bahawa berkolaborasi dengan PRC boleh mencapai objektif pementasan tersebut.”

Teater Mesyuarat Kampung merupakan sebuah pementasan santai yang membawa elemen satira dan komedi menerusi jalan penceritaannya, di mana penonton akan diminta untuk mengundi calon ketua kampung pilihan mereka. Proses penulisan skrip pementasan ini juga unik dan berbentuk kolaboratif dimana input akan diambil dari pelakon-pelakon sendiri di mana cerita dibentuk berdasarkan pembinaan watak.

Pementasan akan dibuat di Studio RS (Revolution Stage) di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 6 hingga 9 April 2017.

 

SINOPSIS: Penduduk-penduduk Kampung Sungai Pening terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar untuk menyelesaikan masalah di kampung mereka.. Setelah setahun ketiadaan ketua kampung, mereka membuat keputusan untuk mengadakan undian secara demokrasi buat pertama kalinya!

Dan yang bakal mengundi adalah penduduk kampung dan audiens. Jadi mari sertai proses pengundian yang adil, saksama, serta jujur yang akan dilakukan di depan mata penonton. 5 calon ketua kampung, 5 pengakhiran dan audiens yang tentukannya.

New Project: Collaboration with Quranic Youth Club IIUM

LelakiDariDhaka

Produksi RumahCantik is collaborating with Quranic Youth Club for Mega Charity Theatre: LELAKI DARI DHAKA. This event is organised in conjunction with IIUM Global Humanitarian Interfaith Outreach to Bangladesh (IGHIO) 2015.

Venue: Main Auditorium, IIUM Gombak
Date: 13th November 2015 | 8:00 pm
Ticket price: RM7 (students) RM10 (public)

Ticket reservation:
Online form: http://bit.ly/1GGHUMc
Brother: 013-6741026
Sister: 01119418860

“Kegelapan adalah ketiadaan cahaya, tiada siapa menggemarinya. Cahaya diciptakan sebagai tanda keesaan. Kerana berada di dalam kegelapan sama ada secara literal atau gelap iman adalah keadaan yang mendap, malap dan bagai tidak disentuh Ilahi.”

– Mana Semua Orang, 2013

Seni untuk dakwah dan masyarakat.